Siapa yang tidak kenal dengan Elon Musk? Billionaire yang menerajui syarikat-syarikat teknologi gergasi dunia seperti SpaceX, SolarCity, dan Tesla.
Apa jadi apabila insan ini bercakap tentang sesuatu yang mungkin merimaskannya sedikit, iaitu video game paling popular di dunia pada masakini, Fortnite? Satu tweet yang agak lucu telah dikeluarkan beliau.
Musk telah memuat-naik satu screenshot dari satu laman berita palsu, iaitu berita tersebut menyatakan yang beliau telah membeli Fortnite, dan telah meng-delete game itu. Komen yang diberikan terhadap tajuk berita tersebut berbunyi berseloroh, “terpaksa lakukannya, sama-sama”.
Had to been done ur welcome pic.twitter.com/7jT0f9lqIS
— Elon Musk (@elonmusk) October 19, 2018
Setakat artikel ini ditulis, tweet tersebut telah di-retweet sebanyak lebih daripada 300,000 dan mendapat like lebih daripada 900,000. Balasan (reply) yang diberikan oleh pengguna Twitter lain juga agak melucukan. Ada yang menyuruh Musk membeli Tik Tok dan delete-nya juga, ada yang berseloroh berterima kasih kepadanya, ada yang berkata “tolong beli Dota 2 dan delete-nya kerana saya mahukan teman lelaki saya semula”, dan tidak kurang juga ada yang percaya terhadap berita palsu itu.
Korang bacalah sendiri komen-komen yang diberikan terhadap tweet tersebut melalui pautan di atas. Mudah terhibur.
Comments
Loading…