Siapa yang akan menjadi teman sehidup semati Ellie?
The Last of Us yang pertama telah menyajikan kepada kita dengan watak utamanya, Joel ditemani oleh Ellie (kebanyakan masa) sebagai non-playable character (NPC). Kita telahpun mengatahui yang untuk sekuelnya, The Last of Us Part II pula akan membawakan Ellie sebagai watak utama, dan persoalan mula timbul — adakah Ellie juga akan ditemani oleh seorang NPC? Kalau ada, siapa?
Bercakap kepada Buzzfeed, pengarah kreatif Naughty Dog, Neil Druckmann telah mengesahkan yang ada NPC yang akan menemai Ellie dalam game ini nanti, walau bagaimanapun, ia tidak diperlihatkan dalam gameplay yang dipersembahkan semasa E3 2018 pada bulan lalu.
“Umm, untuk jawapan selamat, seperti game yang pernah kami ciptakan sebelum ini, akan ada NPC dalam cerita ini [The Last of Us Part II], walaupun kami tidak memperlihatkannya [NPC] dalam demo ini [E3 2018],” kata Druckmann.
Kenyataan ini pastinya menguatkan lagi teori tentang Joel akan kembali ke dalam sekuel ini sebagai NPC, memandangkan beliau masih lagi belum diperlihatkan dalam gameplay trailer. Satu-satunya kelibat Joel yang kita pernah nampak adalah dalam trailer pertamanya, yang mana kita tidak pasti sama ada Joel benar-benar di depan mata Ellie atau hanya muncul sebagai bayangannya.
The Last of Us Part II akan dilancarkan secara eksklusif di PS4, namun tarikh pelancarannya masih belum didedahkan.
Comments
Loading…