in

Elle Fanning Akan Muncul Dalam Game Terbaru Kojima Productions

Pelakon Maleficent, Elle Fanning akan membuat kemunculan dalam game terbaru dari Kojima Productions.

Kojima Productions mula memperkenalkan Elle Fanning di Tokyo Game Show 2022 di mana booth pembangun itu memaparkan potret seorang wanita dengan teks “Who am I?”.

Pada awal minggu ini, pengasas Kojima Productions, Hideo Kojima sekali lagi memaparkan potret tersebut. Kali ini mengatakan “The answer to WHO” di Tokyo Game Show akan didedahkan dalam klu seterusnya iaitu “WHERE”.

Klu “WHERE” pula didedahkan semasa di PAX Australia 2022, lapor Gematsu. Mengimbas kod QR akan membawa kepada potret kedua dengan teks “Where am I?”. Potret kedua ini tidak menunjukkan wajah Elle Fanning seperti potret pertama.

Buat masa ini, Kojima masih belum mengumumkan sebarang info rasmi tentang game seterusnya itu. Sama-sama kita nantikan.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Ini 7 Minit Video Gameplay Wild Hearts

Need for Speed Unbound Bawa Gaya Seni Graffiti, Lancar Disember Ini