in , , , ,

Electronic Arts Keluarkan Kenyataan, Mengutuk Kejadian Menembak Di Pertandingan Madden 19

Pagi ini, kita telah dikejutkan dengan satu berita yang menggemparkan. Sebuah kejohanan video game di Florida, Amerika Syarikat telah bertukar kepada tragedi apabila salah seorang pesertanya mula menembak ke arah orang ramai — mengakibatkan tiga orang mati, termasuk penembak itu sendiri.

Sumber gambar: CNN.

Game yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut merupakan Madden NFL 19, sebuah game yang diterbitkan oleh Electronic Arts (EA) dan dibangunkan oleh EA Sports.

Memberikan reaksi kepada tragedi ini, EA telah mengeluarkan satu kenyataan, mengutuk insiden tersebut. Kenyataan itu menyebutkan:

“Situasi tragik yang berlaku pada Ahad di Jacksonville adalah satu tindakan kejam yang tidak masuk akal yang mana kami mengutuk sekeras-kerasnya. Kami menyampaikan simpati kepada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa pada hari ini dan juga kepada mereka yang tercedera.”

“Kami semua di Electronic Arts sangat sangat terkesan dengan insiden yang dahsyat ini, dan kami juga menyertai komuniti dalam mengucapkan terima kasih kepada pihak yang bertindak dengan pantas ke arah tempat kejadian.”

“Fokus kami kini adalah kepada mereka yang terkesan, dan memberikan sokongan undang-undang dalam masa mereka meneruskan siasatan terhadap jenayah ini.”

Madden NFL 19 adalah game yang baru sahaja dilancarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One pada 10 Ogos lalu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kejadian Menembak Tercetus Di Kejohanan Video Game Di Florida, 3 Maut Termasuk Penembak

Strange Brigade: Boleh Beli or Boleh Blah!?