in

Electronic Arts (EA) Kini Lebih Dibenci Berbanding Trump Organization Di Amerika Syarikat

Syarikat penerbitan video game paling dibenci!

Dengan apa yang telah berlaku dalam kontroversi game Star Wars Battlefront II pada tahun lepas, boleh kita katakan kebanyakan gamers di luar sana semakin “benci” kepada Electronic Arts (EA).

Terbaru, menurut laporan USA Today, EA menduduki tangga kelima dalam senarai syarikat paling dibenci di Amerika Syarikat. Senarai ini menjadikan EA adalah syarikat daripada industri video game yang paling dibenci.

Lebih menarik, EA lebih dibenci berbanding syarikat-syarikat lain seperti The Trump Organization, Uber, Facebook dan United Airlines.

Di bawah adalah senarai 20 syarikat paling dibenci di Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh USA Today:

  1. Equifax
  2. Fox Entertainment Group
  3. NFL
  4. University of Phoenix
  5. Electronic Arts
  6. Foxconn Technology Group
  7. Sprint
  8. Vice Media
  9. Spirit Airlines
  10. Cigna
  11. Wells Fargo
  12. The Trump Organization
  13. Sears Holdings
  14. Uber
  15. Comcast
  16. Monsanto
  17. CenturyLink
  18. Facebook
  19. United Airlines
  20. The Weinstein Company

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EA Kekal Komited Kepada Microtransactions, Dan Anggap Ia Satu Elemen Penting Dalam Game

Season Pass Untuk Far Cry 5 Bawakan Zombi, Perang Vietnam, Planet Marikh Dan Far Cry 3