in , , , ,

Elden Ring: Game Ciptaan George R. R. Martin Dan Hidetaka Miyazaki Akan Dilancarkan Januari 2022, Saksikan Trailer Gameplay

Masih ingat Elden Ring? Ya, game yang diumumkan kira-kira dua tahun lalu, sedang dibangunkan oleh FromSoftware dengan kerjasama antara penulis buku George R. R. Martin dengan Hidetaka Miyazaki.

Selepas bertahun membisu, akhirnya FromSoftware terus mengumumkan tarikh pelancarannya, platform dan trailer gameplay pertama.

Mengapa game ini hangat diperkatakan? Ia mendapat sentuhan daripada Hidetaka Miyazaki yang cukup terkenal sebagai orang kuat dalam siri game Souls, dan kita dapat saksikan dalam video di atas terdapat gameplay yang kuat seperti siri tersebut. Kemudian, ia merupakan sebuah game yang dunianya ditulis oleh George R. R. Martin, pencipta novel tersohor A Song of Ice & Fire (Game of Thrones).

Elden Ring akan dilancarkan pada 21 Januari 2022 untuk PC, PS5, PS4, Xbox Series dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Teaser Trailer Pertama The Witcher Netflix Musim Kedua – Semuanya Tentang Ciri

Death Stranding Director’s Cut Diumumkan Untuk PS5, Saksikan Trailer Yang Ada Aura Metal Gear Solid