in , , , , , ,

Ejen Bola Sepak Pernah Cuba Merasuah Football Manager Untuk Naikkan Rating Pemain

Jangan kata korang adalah seorang peminat bola sepak sebenar sekiranya tidak pernah dengar tentang francais game Football Manager (FM).

Salah satu ciri yang membuatkan FM ini benar-benar popular ialah bagaimana tepatnya game ini memberikan rating pemain, sama ada pemain yang sedang berada di puncak prestasi, mahupun pemain-pemain muda yang sedang meningkat.

Dalam satu podcast terbaharu bersama The Athletic (via Eurogamer), ketua Sports Interactive, Miles Jacobson, telah mendedahkan bahawa terdapat beberapa ejen yang mengendalikan perpindahan pemain bola sepak pernah cuba untuk merasuah pembangun itu agar menaikkan lebih tinggi rating sesetengah pemain di bawah kendalian mereka dalam FM.

“Saya pernah ada beberapa ejen cuba merasuh saya untuk menaikkan sesuatu,” kata Jacobson. “Dan mereka yang pernah cuba melakukannya tahu untuk tidak pernah melakukannya lagi. Kerana saya tidak berminat dengan rasuah.”

Tindakan untuk merasuah, seterusnya dengan harapan dapat menaikkan rating sesetengah pemain ini tentunya adalah bagi memudahkan kerja ejen tersebut. Kita sedia maklum bahawa ramai kelab, pengurus dan pencari bakat sebenarnya menggunakan pangkalan data yang tersedia dalam FM untuk mencari bakat-bakat muda bola sepak.

Maka sekiranya rating pemain di bawah kendaliannya tinggi, ia akan memudah ejen-ejen ini melengkapkan perpindahan atau menjualnya ke kelab yang berminat dengan harga yang lebih tinggi,

Dalam podcast yang sama, Jacobson turut mendedahkan bahawa Andre Villas-Boas, bekas pengurus Chelsea dan Tottenham Hotspur, merupakan individu pertama dari dunia bola sepak yang mengakui secara terbuka bahawa beliau menggunakan FM untuk mencari bakat baharu semasa beliau bekerja sebagai pencari bakat (scout) ketika zaman pertama Jose Mourinho di Chelsea.

Siri terkini francais ini ialah Football Manager 2021, yang mana ia mempunyai beberapa edisi berbeza merentasi PC, Xbox, Switch dan mobile.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Zlatan Ibrahimovic Mempersoalkan Kenapa Game FIFA Ada Nama, Wajahnya Tanpa Kebenaran

Game Percuma PlayStation Plus Disember 2020 – Worms Rumble, Just Cause 4, Rocket Arena