in ,

Ejen Ali Umumkan Agents’ Arena – Game MOBA Pertama Buatan Malaysia! Daftar Sekarang!

Dah tengok Ejen Ali The Movie lebih daripada tiga kali di pawagam? Tak sabar menantikan siri Ejen Ali musim ketiga? Kita isi dengan game ini dulu!

Francais Ejen Ali bakal melebarkan sayapnya dengan melancarkan video game rasminya sendiri. Wau Animation telah mengumumkan Ejen Ali: Agents’ Arena, sebuah game MOBA berdasarkan siri tv kegemaran ramai itu — sekaligus menjadikan ia merupakan game bergenre MOBA (multiplayer online battle arena) pertama buatan Malaysia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Wau menjemput para pemain untuk menjalani sesi percubaan beta. Daftarkan emel korang di pautan ini dan tunggu sebarang panggilan daripada pihak mereka.

Tiada sebarang butiran tambahan seperti di platform manakah akan dilancarkan game ini, namun pastinya akan dikeluarkan untuk peranti mobile.

Ini semestinya satu berita yang sangat mengujakan. Sebagai peminat tegar Ejen Ali, kami yakin yang francais ini mampu menjadi sebuah game yang menarik, terutamanya dalam genre MOBA, memandangkan setiap Ejen yang ada dalam siri ini mempunyai abiliti mereka sendiri yang unik.

Lebih-lebih lagi, dalam episod 2 musim 2, ia memaparkan latihan para Ejen di Akademi yang bertujuan untuk menggilap sifat kerjasama antara Ejen — yang mana kalau diolah serba sedikit, boleh diadaptasi menjadi sebuah video game.

Korang boleh tonton episod tersebut di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0
Apex Legends Bersedia Untuk Season 4, Memperkenalkan Karakter, Senjata Baru, Perubahan Map

Apex Legends Bersedia Untuk Season 4, Memperkenalkan Karakter, Senjata Baru, Perubahan Map

Ini Adalah Filem Pendek Animasi The Last of Us Yang Pernah Dirancang, Tapi Sudah Dibatalkan

Ini Adalah Filem Pendek Animasi The Last of Us Yang Pernah Dirancang, Tapi Sudah Dibatalkan