in

eGames: Kerajaan UK Umumkan Temasya Gaming Ala Olimpik!

Saban hari, competitive gaming semakin mendapat perhatian masyarakat dunia. Satu lagi platform yang sangat berpotensi telah diperkenalkan.

egames

Dilancarkan bersama London Games Festival pada 6 April 2016, Kerajaan UK telah mengumumkan eGames, sebuah tournament kompetitif gaming bertaraf antarabangsa yang bakal menggunakan format seperti Olimpik.

Sama seperti sukan temasya Olimpik, hadiah yang ditawarkan bukanlah berupa wang, namun yang ditawarkan adalah pingat emas, perak dan gangsa, di mana maruah negara menjadi taruhan.

Temasya pertama eGames ini dijangka akan membuka tirai buat kali pertamanya di Rio De Janeiro, Brazil pada tahun ini yang akan berlangsung selama dua hari. Setakat ini, empat negara sudah menyatakan penyertaan mereka, iaitu Brazil, Amerika Syarikat, Britain dan Kanada.

egames
Sumber gambar: Leon Farr

Menerusi laman web rasmi – egames.org – ia mengatakan maklumat lebih lanjut akan dikongsi mereka pada April dan Mei kelak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Stories: The Path Of Destinies: Musang Jadi Hero RPG!

Rocket League: Edisi Fizikal Akan Keluar Pada Jun, Terdapat 4 Kereta Baru Istimewa!