in , , , , ,

eFootball Tukar Nama Rasmi Lagi, Bakal Dilancarkan Pada 30 September Untuk PC, Konsol

Game bola sepak percuma keluaran terbaharu Konami sudah mengumumkan tarikh pelancarannya, bersama-sama dengan satu lagi pertukaran judul rasmi.

Kini dikenali sebagai eFootball 2022, ia akan dilancarkan pada 30 September ini untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, Konami turut mendedahkan sedikit apakah kandungan yang akan ditampilkan pada tarikh pelancaran tersebut — yang sememangnya seakan sebuah versi demo, seperti yang telah mereka sahkan sebelum ini.

Buat masa ini, kandungan yang ada pada hari pertama pelancaran adalah:

  • Creative Teams: pilih pasukan asas korang dari lebih 600 kelab berlesen
  • Beberapa mode perlawanan baharu
  • Jenis pemain baharu — dari Standard hingga Legendary

Konami mengatakan bahawa akan ada beberapa kandungan lain, dan seperti biasa, mereka belum mendedahkannya lagi.

Mereka sekali lagi mengingatkan tentang beberapa kandungan dan ciri tambahan yang akan ditambah kemudian selepas pelancaran, seperti yang telah kami laporkan sebelum ini.

Untuk versi mobile pula, kata Konami, game sedia ada PES 2021 akan dikemaskini menjadi eFootball dan ia dikatakan akan ditambahbaik dengan kuasa Unreal Engine. Pemain mobile dari PES 2021 dibenarkan membawa banyak item ke eFootball kelak, dan ia akan dilancarkan pada satu tarikh yang masih belum diumumkan.

Bagi yang masih tidak tahu, dan tertanya-tanya “apa kejadah yang sedang berlaku dengan game bola sepak Konami?”– Konami telah menukar jenama PES kepada eFootball sepenuhnya. Bukan setakat itu, malah mereka telah menukar dari sebuah game berbayar kepada game percuma (free-to-play) untuk semua platform.

Bagi yang masih keliru, berikut ialah ringkasan pertukaran judul rasmi game bola sepak keluaran Konami:

Winning Eleven > Pro Evolution Soccer (PES) > eFootball PES > eFootball > eFootball 2022

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Percuma PlayStation Plus September 2021 – Overcooked! All You Can EatHitman 2, Predator: Hunting Grounds

PlayStation Showcase 2021 Diumumkan, Fokus Game-Game PS5 Pada Minggu Hadapan