in , , , , , ,

eFootball 2022, Trilogi GTA Antara Game 2021 Paling Teruk Reviu, Umum Metacritic

Seperti tahun-tahun sudah, setiap kali penghujung tahun, Metacritic akan mengeluarkan senarai game yang menerima reviu paling teruk sepanjang tahun di laman web itu, iaitu sebuah laman web yang mengumpulkan markah-markah reviu dari para pengkritik.

Untuk tahun ini, game yang menerima reviu paling teruk di Metacritic, lapor VGC, tidak lain dan tidak bukan: eFootball 2022.

eFootball 2022 sememangnya merupakan satu malapetaka kepada para peminat tegar siri bola sepak keluaran Konami, yang dulunya dikenali sebagai Pro Evolution Soccer (PES).

Kami merumuskan eFootball 2022 dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah!? dengan berkata:

“Penulis tidak tahu bagaimana Konami akan mampu untuk menyelamatkan game ini. Sejujurnya eFootball 2022 telahpun mati dibunuh oleh Konami, walaupun belum sempat ia dilancarkan lagi. Dan apabila ia dilancarkan, mayat eFootball 2022 pula disiat-siat tanpa rasa hormat.”

Di samping itu, antara game popular yang diterbitkan oleh syarikat besar yang turut berada dalam senarai game paling teruk 2021 oleh Metacritic ini adalah Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition, iaitu sebuah trilogi yang menggabungkan tiga game ikonik GTA: Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto: Vice City dan Grand Theft Auto: San Andreas.

Pelancarannya dikecam teruk oleh para pengkritik dan peminat kerana mengalami pelbagai masalah teknikal yang tidak masuk akal.

Berikut ialah sembilan game yang menerima markah terendah di Metacritic sepanjang 2021, berserta markah puratanya dari setiap platform (jika multi-platform) yang dilancarkan:

  1. EFootball 2022 (Multi) – 25
  2. Werewolf: The Apocalypse – Earthblood (PS4) – 42
  3. Balan Wonderworld (Multi) – 44
  4. Of Bird and Cage (PC) – 44
  5. Demon Skin (PC) – 48
  6. PixelJunk Raiders (Stadia) – 49
  7. The Unexpected Quest (Multi) – 49
  8. Taxi Chaos (Multi) – 51
  9. Akiba’s Trip: Hellbound & Debriefed (Multi) – 52
  10. Arkham Horror: Mother’s Embrace (Multi) – 53
  11. GTA: The Trilogy – Definitive Edition (Multi) – 53
  12. Necromunda: Hired Gun (Multi) – 55

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Henry Cavill Teringin Membintangi Filem/Siri Adaptasi Red Dead Redemption 2

Netflix Keluarkan Trailer Pertama The Witcher: Blood Origin – Menampilkan Tan Sri Michelle Yeoh