in , , , , ,

eFootball 2022 Kini Game Paling Rendah Rating Dalam Sejarah Di Steam

Sejak eFootball 2022 pertama kali diumumkan, ia sudahpun menerima kecaman yang teruk. Kini, apabila dilancarkan, Konami kini berada di satu lembah kehinaan yang paling dalam.

eFootball 2022 kini merupakan game yang menerima rating paling rendah dalam sejarah di platform Steam.

Data ini dikeluarkan oleh Steam 250, sebuah laman yang menyusun game-game Steam berdasarkan markah positif atau negatif yang diberikan oleh para pemain.

Game percuma terbaharu keluaran Konami itu hanya memperoleh markah 8% — gah di tangga teratas mengatasi Flatout 3: Chaos & Destruction (15%) dan Uriel’s Chasm (17%).

Penulis tidak mahu mengulas panjang di dalam artikel ini tentang mengapa perkara sebegini berlaku. Hal ini kerana penulis sedang menyiapkan reviu eFootball 2022 dengan penuh amarah.

Nantikan.

eFootball 2022 kini boleh dimainkan di PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series. Versi iOS dan Android pula akan dilancarkan pada satu tarikh yang masih belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Diablo II: Resurrected: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Reviu eFootball 2022 – Detik Paling Hitam Sebagai Seorang Peminat Winning Eleven, PES