Satu laporan terbaru telah mengatakan yang edisi fizikal untuk Red Dead Redemption 2 mungkin akan didatangkan bersama 2 disk.
Laporan ini muncul apabila satu pembungkusan (packaging) untuk kotak edisi fizikal PS4 bagi pasaran Jepun game ini telah dimuat-naik secara online. Di bahagian belakang, kelihatan simbol yang menunjukkan terdapat 2 disk di dalamnya. Sama ada gambar tersebut adalah sahih ataupun tidak, masih tak dapat disahkan.
『レッド・デッド・リデンプション2』ディスク2枚組が確定。PS4版ダミージャケットより判明 – https://t.co/U0eZRV0zOp pic.twitter.com/H2BxnMXP2Z
— ゲームのはなし (@gamenohanashi) October 17, 2018
Kehadiran 2 disk dalam edisi fizikal game ini sememangnya sudah dijangka, memandangkan laporan sebelum ini menyatakan yang Red Dead Redemption 2 memerlukan saiz fail sehingga mencecah 105GB untuk dimasukkan ke dalam PS4.
Disk Blu-Ray yang digunakan PS4 kini hanya boleh menampung data maksimum sebanyak 50GB sahaja.
Jika gambar pembungkusan PS4 ini adalah benar, kemungkinan besar juga Xbox One akan mengikut langkah yang sama dengan menggunakan 2 disk. Persoalannya kini, apakah kandungan yang akan dipisahkan antara 2 disk tersebut?
Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan pada 26 Oktober ini untuk PS4 dan Xbox One.
Sumber: IGN
Comments
Loading…