in , ,

Edge of Eternity: Game Indie Genre JRPG Yang Cun!

Indie games dengan genre klasik JRPG!

Kalau sebut game indie, kita mesti ingat game style 8-bit/16-bit sebab ye la, Indie kan, tiada bajet besar macam AAA games. Tapi ini tidak menghalang Midgar Studio, developer game Edge of Eternity untuk mempunyai mimpi yang lebih besar!

Edge of Eternity bermula dengan 4 orang sahaja yang develop game ini. Mereka mengambil masa 10 bulan untuk menghasilkan demo yang pertama. Mereka kemudian mencuba nasib dengan mencari dana melalui Kickstarter. Nasib nampaknya menyebelahi mereka apabila mereka berjaya mendapat dana sebanyak USD161,246.00 dengan 4,045 backers untuk menghidupkan impian mereka dengan game ini.

Edge-of-Eternity-001Dana yang dikumpul cukup bagi pihak developer untuk mengambil lebih ramai rakan sejawat (sehingga kini, ada 8+ lebih orang) dan berjaya mengambil Yasunori Mitsuda (komposer bagi game Chrono Trigger & Xenogear antaranya) untuk menghasilkan lagu tema bagi game mereka, dengan orkestra penuh!

Edge-of-Eternity-006

Edge-of-Eternity-007

Jom layan video trailer pertama mereka semasa mereka cuba mencari dana melalui Kickstarter!

Ramai yang terpesona dengan kempen dari Midgar Studio ini di Kickstarter, jadi tak hairanlah jika mereka berjaya dengan misi mencari dana mereka.

Edge-of-Eternity-002

Edge of Eternity adalah game genre JPRG, yang memberikan penghormatan kepada genre JRPG yang klasik seperti Final Fantasy yang lama. Walaupun mempunyai inspirasi dari tradisional turn-based JRPG yang lama, Edge of Eternity menjanjikan game open world dan jalan cerita yang tidak linear, untuk memenuhi citarasa gamers semasa. Edge of Eternity adalah game mengenai pengembaraan dan explorasi dan mengenali karakter-karakter anda.

Edge-of-Eternity-003

Edge of Eternity mengisahkan dunia Heryon yang aman sedang di dalam pergolakkan dek kemunculan alien yang cuba menjajah dunia mereka. Kaum alien ini, dalam usaha mereka untuk menjajah Heryon, membawa sejenis penyakit yang boleh menukar manusia dan binatang menjadi metal monsters!

Edge-of-Eternity-004

Hero bagi game ini, Daryon, diburu oleh orang-orangnya sendiri. Sebagai seorang hero JRPG, Daryon memulakan pengembaraannya untuk mengetahui identitinya yang sebenar, dan tidak lupa, menyelamatkan planet Heryon!

Edge-of-Eternity-005

Edge of Eternity bakal release di platform PS4, XboxOne dan PC kelak!

Jom layan video battle gameplay mereka yang terbaru!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Overwatch: Filem Pendek Memperkenalkan Widowmaker Si Pembunuh Upahan

JomRakam! Ep. 13: Muncul lah Raja Berlari, Sang Kentut Unggu Unggul!