in , , ,

EBN Esports City Dirasmikan: Pusat Esports Terbesar Asia Tenggara Di Quill City Mall, Kuala Lumpur

Esports Business Network (EBN) semalam telah melancarkan EBN Esports City — sebuah hab esports pertama di Malaysia yang terletak di tingkat teratas Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Melalui siaran akhbar yang diberikan kepada JomGaming, menghabiskan kos sebanyak RM4 juta, EBN Esports City diiktiraf sebagai kemudahan esports yang terbesar di Asia Tenggara.

EBN Esports City merangkumi EBN Esports Arena, Orange Esports Club, kafe premium, Ibu Pejabat Esports Business Network dan tiga studio siaran langsung yang berkelengkapan penuh.

EBN Esports Arena ialah dewan acara yang terbentang luas tanpa tiang, berkeluasan 10,650 kaki persegi dengan kemudahan produksi dan penyiaran yang komprehensif untuk menampung sehingga 1,000 penonton dan sesuai untuk syarikat komersil yang mencari lokasi berkelengkapan penuh untuk acara esports.

Orange Esports Club pula dibina sebagai tempat untuk acara komuniti dan gaya hidup esports dengan kemudahan 360 darjah disertakan dengan komputer PC, mobile dan konsol.

Berikut ialah beberapa gambar EBN Esports City yang dikongsikan kepada kami:

EBN merupakan kumpulan pemasaran esports hasil penggabungan baru-baru ini antara dua syarikat esports di rantau ini — Orange Esports Café, perniagaan kafe esports terbesar di Malaysia dan The Gaming Company (TGC), agensi pemasaran esports.

EBN juga merangkumi Prime Live, sebuah agensi pengurusan bakat esports; Orange Esports, sebuah organisasi pasukan esports; dan Borneo Gaming Company (BGC), agensi pemasaran esports pertama Borneo.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ghost of Tsushima: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Ghost of Tsushima Menang Game Pilihan Peminat Sebelum Acara Kemuncak The Game Awards

Saksikan Yuna Unboxing, Kongsikan Pengalaman Pertama Bermain PS5