in , ,

Easter Egg The Last of Us Part II Sebenarnya Ada Di Dasar Laut Dalam Uncharted 4

Ketika Uncharted 4: A Thief’s End dilancarkan pada tahun 2016, game itu sebenarnya ada memasukkan easter egg yang merujuk kepada Clicker (zombi) yang ada dalam The Last of Us Part II.

Akaun Twitter @GermanStrands ada memuatnaik gambar yang beliau menemui tengkorak manusia yang kepalanya berbentuk Clicker di dasar laut dalam Uncharted 4. Kemudian tweet tersebut telah dipetik oleh Anthony Vaccaro, artis persekitaran di Naughty Dog yang membikin easter egg itu. Kata Vaccaro, ini pertama kali beliau melihat ada pemain yang menemui easter egg tersebut.

Walau bagaimanapun, melalui carian JomGaming di Youtube, sebenarnya ada pemain lain yang sudah lama menjumpainya, iaitu pada tahun sama game terakhir dalam francais itu dilancarkan. Korang boleh saksikan video di bawah untuk mengetahui di manakah easter egg ini terletak.

Kita tidak tahulah sama ada easter egg ini sebenarnya merujuk kepada game pertama The Last of Us atau sekuelnya yang akhirnya akan dilancarkan pada bulan ini kerana Clicker ini ada dalam kedua-dua game ini.

Sekiranya easter egg ini sebenarnya merujuk kepada The Last of Us Part II, adakah game itu nanti pula akan mempunyai easter egg untuk game Naughty Dog seterusnya? Hanya masa akan memberikan jawapannya.

The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun ini, eksklusif untuk PS4.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Pertama Overcooked Sekali Lagi Diberikan Percuma Di Epic Games Store Pada Minggu Ini

Game Pertama Overcooked Sekali Lagi Diberikan Percuma Di Epic Games Store Pada Minggu Ini

Sky Sports Akan Gunakan Bunyi Penyokong Dari Game FIFA Apabila Liga Perdana Inggeris Kembali

Sky Sports Akan Gunakan Bunyi Penyokong Dari Game FIFA Apabila Liga Perdana Inggeris Kembali