in

Easter Egg Baru The Last of Us Part II Ditemui Dalam Uncharted 4

Francais The Last of Us dan Uncharted berada dalam universe yang berbeza, namun sebagai pembangun yang sama, tentunya Naughty Dog ada menyelitkan beberapa easter egg antara kedua-duanya.

Seorang pengguna Reddit telah menemui satu botol pil ubat berlabel Weston’s Pharmacy dalam Uncharted 4: A Thief’s End. Pemain tegar siri The Last of Us tentu mengenali farmasi ini. Ia boleh ditemui dalam game pertama The Last of Us, DLC Left Behind, serta sekuelnya, The Last of Us Part II.

Sebelum ini kita ada menemui easter egg Uncharted dalam The Last of Us, iaitu kapal terbang berwarna putih-merah milik Sully dalam salah satu map multiplayer game pertama The Last of Us.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

7 Kategori Mobile, 3 Kategori PC Akan Dipertandingkan Dalam Acara Esports Sukan SEA 2021 Vietnam

Ghost of Tsushima Akan Dilancarkan Pada Pertengahan 2020, Saksikan Trailer Terbaru

Filem Ghost of Tsushima Kini Dalam Pembikinan Oleh Sony Bersama Pengarah John Wick