in

EA Umumkan Game Indie Originals Mereka – Unravel Two dan Sea of Solitude

EA masih meneruskan support mereka terhadap menghasilkan game-game indie menerusi label game Originals.

Selepas kejayaan game-game indie mereka seperti Unravel, Fe dan A Way Out, EA umumkan Unravel 2 dan Sea of Solitude pula di EA Play tadi.

Unravel 2 masih menampilkan game platformer yang memerlukan korang menyelesaikan puzzle dan mengembara merentasi dunia luas penuh cabaran. Unravel 2 kali ini memperkenalkan mode co-op dan jalan cerita yang menerapkan nilai kekeluargaan. Unravel 2 boleh didapatkan sekarang di PS Store.

Sebuah lagi game yang diumumkan adalah Sea of Solitude – game yang memainkan konsep kesunyian dan keterasingan yang boleh merubah insan menjadi monsters. Kay yang telah melalui perubahan ini perlu mencari jalan untuk kembali menjadi dirinya yang asal.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Penuh FIFA 18 Kini Boleh Dimainkan Secara Percuma Selama Seminggu

Saksikan Gameplay Multiplayer Battlefield V Buat Pertama Kali Yang Dimuatnaik Oleh Para Youtubers!