in , , ,

EA Umum Kerjasama Dengan Marvel Dalam FIFA 23, Tukarkan FUT Heroes Kepada Adiwira

Mungkin tak pernah kita bayangkan, tapi inilah yang terjadi: EA telah mengumumkan kerjasama dengan Marvel dalam game bola sepak mereka akan datang, FIFA 23.

Tentunya, kerjasama ini membawakan kandungan crossover dalam mode Ultimate Team (FUT) (sebab mode-mode lain macam Pro Clubs selalu dianaktiri).

Lima FUT Heroes akan mendapat ilustrasi istimewa daripada artis-artis Marvel, menukarkan gambar kad lima pemain bola ini kepada adiwira yang diinspirasikan daripada Marvel.

Lima pemain tersebut ialah Landon Donovan sebagai The Brave, Ricardo Carvalho (The Anticipator), Claudio Marchisio (Il Principino), Yaya Toure (The Citidel) dan Park Ji-Sung (Tigerheart).

Kolaborasi ini akan turut menampilkan rekaan-rekaan inspirasi Marvel ke dalam tifos, jersi, bola, dan banyak lagi.

Korang boleh saksikan ilustrasi-ilustrasi itu di bawah:

FIFA 23 akan dilancarkan untuk PC, PS5, PS4, Xbox Series dan Xbox One pada 30 September 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. After reading your article, it reminded me of some things about gate io that I studied before. The content is similar to yours, but your thinking is very special, which gave me a different idea. Thank you. But I still have some questions I want to ask you, I will always pay attention. Thanks.

JomKomen!

Loading…

0
Ghost of Tsushima: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Pengarah Filem Ghost of Tsushima Mahu Sepenuhnya Pelakon, Bahasa Jepun

Disney Adakan Acara Khas Tunjuk Game-Game Star Wars, Marvel Dan Banyak Lagi September Ini