in , , , , ,

EA, UEFA Lanjutkan Kerjasama, Banyak Game FIFA Mobile Sedang Dibangunkan

Electronic Arts (EA) nampaknya semakin rancak untuk terus menyajikan bermacam game dan kandungan bola sepak.

EA baru sahaja mendapatkan lanjutan kerjasama dengan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk terus membawakan kandungan eksklusif jenama UEFA ke dalam game bola sepak keluaran EA Sports, lapor GamesIndustry.biz.

Perjanjian jangka panjang multi-tahun ini membenarkan EA Sports untuk terus menggunakan Champions League, Europa League dan Super Cup dalam game FIFA mereka. Tiada jenama UEFA EURO disebutkan dalam laporan ini, menandakan kemungkinan lesen tersebut masih diberikan kepada Konami dan PES.

Perjanjian antara EA dan UEFA ini bermula pada tahun 2018 di mana FIFA 19 berjaya mendapatkan lesen menggunakan hak itu selepas beberapa tahun sebelum itu digunakan oleh Konami dan PES.

Selain itu, EA turut mengumumkan beberapa perluasan lain dalam francais FIFA mereka. FIFA 21 akan dilancarkan untuk Google Stadia pada 17 Mac ini.

Kemudian, mereka mendedahkan yang terdapat enam game mobile FIFA sedang dalam pembangunan, merangkumi pelbagai genre seperti simulasi, format arked unik dan lain-lain — sesuatu yang pernah EA umumkan pada tahun lalu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield 6 Dikatakan Mempunyai Elemen Percuma, Battle Pass, Kemusnahan Melampau

Black Myth: Wukong Kembali Dengan Trailer Baru Penuh Aksi Sempena Tahun Baru Cina