Masihkah korang ingat dengan komen dari EA terhadap rungutan yang dilontarkan oleh para pemain kerana terpaksa menunggu karakter-karakter dalam Star Wars Battlefront II seperti Darth Vader dan Luke Skywalker melalui loot box?

Ya, komen dari EA itu telah dinobatkan sebagai komen paling banyak mendapat ‘downvote’ dalam sejarah di Reddit oleh Guinness World Record.

Seorang pengguna Reddit, amasha, telah memuatnaik satu gambar. Gambar tersebut diambil dari buku terbaru Guinness World Record untuk tahun 2020 — memperlihatkan salah satu rekod terbaru yang dimasukkan, iaitu komen paling banyak mendapat ‘downvote’ di Reddit ialah komen dari EA itu. Secara tepatnya, komen tersebut mendapat 683,000 downvote.

Made it to the Guinness book of world records, 2020 from StarWars

Pada tahun 2017, EA telah melancarkan Star Wars Battlefront II. Mereka mendapat kecaman yang cukup hebat apabila mereka memutuskan untuk mendapatkan karakter-karakter ikonik, pemain perlu membuka loot box, yang mana ia bergantung kepada keberangkalian. Semestinya para pemain merungut kerana mereka telah pun membeli game tersebut dengan harga game penuh, tetapi masih perlu menunggu terlalu lama untuk memainkan karakter kegemaran. Itupun kalau keberangkalian (loot box) memihak kepada mereka.

Seorang pengurus komuniti dari EA yang tidak dikenali telah menjawab rungutan tersebut dengan mengatakan “niatnya adalah untuk menyediakan pemain dengan perasaan bangga dan kejayaan apabila berjaya meng-unlock pelbagai Hero”. Korang boleh baca komen penuh beliau di sini.

Maka, rekod ini pastinya perlu menjadi ingatan kepada EA khususnya, dan keseluruhan penerbit game agar tidak meletakkan model bisnes yang merepek serta bijak menjawab respon para pemain. Silap langkah, masuk buku Guinness World Record lah jawabnya.

JomKomen!