in , , , , , ,

EA Telah Digodam, Kod Sumber FIFA 21, Enjin Frostbite, Dan Lebih 780GB Data Dicuri

Rangkaian Electronic Arts (EA) dilaporkan telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Antara data yang telah berjaya dicuri oleh penggodam adalah kod sumber untuk beberapa game, antaranya FIFA 21 termasuk kod untuk matchmaking server itu, serta enjin game Frostbite, iaitu enjin yang digunakan untuk membangunkan kebanyakan game terbitan EA, termasuk siri game Battlefield.

Selain itu, penggodam ini juga dikatakan telah memperoleh beberapa data lain yang semuanya berjumlah 780GB.

Berita ini dilaporkan terlebih dulu oleh VICE, yang mana mereka telah menemui beberapa mesej di forum-forum godaman bawah tanah. Hasil godaman ini telah diiklankan di forum tersebut untuk dijual kepada mana-mana pihak yang berminat.

EA telah mengesahkan yang mereka sedang menyiasat pencerobohan terhadap rangkaian mereka, dan telah mempertingkat keselamatan, bekerja rapat dengan pihak berkuasa dan beberapa pakar untuk menyiasat jenayah ini.

Mereka turut menyatakan yang data para pemain tidak berjaya diakses oleh penggodam, dan mereka percaya tiada sebarang risiko terhadap privasi pemain.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Control Kini Percuma Di Epic Games Store, Overcooked 2 Pula Minggu Hadapan

Ini Teaser Trailer Pertama The Witcher Netflix Musim Kedua – Semuanya Tentang Ciri