in , , ,

EA Tambah Kapasiti Server Battlefield 4, Lonjakan Bilangan Pemain Selepas Pendedahan Battlefield 2042

Sejak Battlefield 2042 didedahkan secara rasmi, server Battlefield 4 kembali dipenuhi dengan para pemain yang boleh dikatakan ingin ‘memanaskan badan” sebelum game shooter baharu yang bakal dilancarkan Oktober itu.

Oleh sebab itu, EA telah menambah kapasiti server Battlefield 4 bagi menampung lonjakan bilangan pemain ini. Perkara ini diumumkan oleh Pengurus Komuniti EA.

“Kami amat terkejut dengan keterujaan dan reaksi anda terhadap pendedahan Battlefield 2042 baru-baru ini,” kata kenyataan tersebut. “Sejak itu, ramai daripada anda telah kembali ke Battlefield 4 untuk merasai semula peperangan berskala penuh.”

“Kami telah memantau pengalaman anda dan mengesan waktu berbaris di rantau Barat Amerika Syarikat menjadi semakin lama daripada rantau-rantau lain. Berita baik, kami telah menambah kapasiti server untuk rantau ini — kamu boleh jangkakan waktu menunggu yang berkurangan, dan lebih banyak masa bermain.”

“Kami akan terus memantau waktu berbaris dan akan melakukan beberapa perubahan yang sepatutnya.”

Melalui pemerhatian kami di rantau Asia, server Battlefield 4 di kedua-dua platform PC dan PS4 turut menunjukkan peningkatan pemain yang agak ketara. Sekiranya semakin meningkat, EA mungkin akan turut menambah kapasiti server di rantau lain pula.

Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Henry Cavill Memperlihatkan Kuda Kesayangan Geralt, Roach Dalam Siri The Witcher Di Netflix

Netflix Kongsi Teaser Trailer The Witcher Musim 2 Yang Fokus Kepada Geralt Pula

Disney Benarkan Ubisoft Bikin Game Star Wars Semasa Pertemuan Pertama Bincang Game Avatar