in , , , , ,

EA Sports Muat-Naik Gambar Ronaldo Memakai Jersi Juventus – Pertukaran Muka Hadapan FIFA 19 Yang Baru?

Tukar atau kekal?

Satu dunia sudah mengetahui yang Cristiano Ronaldo baru sahaja melengkapkan perpindahannya dari Real Madrid ke Juventus. Perpindahan ini secara langsung telah memberi tamparan yang agak hebat kepada video game FIFA 19 yang akan dilancarkan pada akhir September ini nanti.

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, EA Sports telah memulakan promosi serta mengumumkan yang Ronaldo akan menghiasi muka hadapan FIFA 19, dan gambar yang digunakan ialah Ronaldo yang memakai jersi Real Madrid. Kini, EA Sports pastinya dalam dilema apabila kapten pasukan kebangsaan Portugal itu telah berpindah ke kelab juara Itali itu.

JomBaca: Cristiano Ronaldo Berpindah Ke Juventus – Apa Bakal Terjadi Kepada Muka Hadapan FIFA 19?

Terbaru, bagi meraikan perpindahan Ronaldo itu, EA Sports telah memuat-naik gambar beliau bersama bakal rakan-rakan sepasukannya di Juventus yang diambil daripada dalam game FIFA 19, yang semestinya memakai jersi keramat hitam putih kelab itu.

https://twitter.com/EASPORTSFIFA/status/1019246598184824832

Pemain-pemain yang menemani Ronaldo dalam gambar ini adalah tonggak-tonggak utama pemain Juventus. Ada Giorgio Chiellini, Douglas Costa, Paulo Dybala, dan juga tidak ketinggalan, pemain yang baru sahaja ditandatangi dari Liverpool, Emre Can.

https://twitter.com/EASPORTSFIFA/status/1018903194838040577

Maka, timbullah persoalan baru, adakah EA Sports akan mengubah terus Ronaldo yang memakai jersi Real Madrid ke jersi Juventus di muka hadapan FIFA 19? Atau gambar terbaru ini hanyalah one-off sahaja untuk mengucapkan selamat datang kepada Ronaldo dan tidak mengubah apa-apa terhadap muka hadapan FIFA 19?

Sama-samalah kita nantikan pengumuman seterusnya daripada EA Sports.

FIFA 19 akan dilancarkan pada 28 September ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Segalanya Yang Korang Perlu Tahu Tentang Versi Demo FIFA 19 – Tarikh Keluar, Senarai Pasukan, Game Mode!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kelajuan Internet Akan Ditukar Kepada 128kbps Selepas Kuota 60GB Unifi Basic Habis

Pemilik League of Legends Berjaya Saman Pembangun Mobile Legends, Diminta Bayar RM11.77 Juta