Sejurus sahaja Konami mengumumkan kerjasama eksklusif mereka bersama Juventus melalui eFootball PES 2020 petang tadi, EA Sports terus mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan beberapa persoalan yang bermain di para peminat game bola sepak.

EA Sports telah mengesahkan bahawa Juventus tidak ditampilkan secara rasmi dalam FIFA 20, dan kelab itu nanti akan menggunakan nama tidak rasmi, iaitu Piemonte Calcio. Nama, jersi dan logo kelab tidak akan mengikut Juventus di dunia sebenar.

Walau bagaimanapun, peminat setia siri FIFA janganlah risau kerana pemain-pemain yang ada dalam Piemonte Calcio itu nanti akan menggunakan nama pemain-pemain sebenar Juventus — sesuatu yang sentiasa berlaku dalam siri PES. Malah semua nama pemain sebenar ini akan hadir dalam semua game mode FIFA 20, termasuklah Ultimate Team dan Career Mode.

Tidak seperti siri PES (hanya PC & PS4) yang boleh meng-edit Option File dan memasukkan dan menukar nama, jersi dan logo apa-apa sahaja kelab yang tidak rasmi, siri FIFA nampaknya tidak akan membawakan fungsi ini.

FIFA 20 akan dilancarkan pada 27 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

eFootball PES 2020 akan dilancarkan pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!