Dunia bola sepak telah dikejutkan dengan pemergian pemain asal Argentina, Emiliano Sala, 28, selepas beliau disahkan meninggalkan dunia dalam satu insiden kapal terbang terhempas.

Beliau baru sahaja melengkapkan perpindahan bernilai £15 juta (RM78 juta) dari kelab Perancis, FC Nantes ke Cardiff City. Selepas tiga hari kegiatan mencari, bangkai pesawat yang dinaikinya dijumpai dan mayatnya ditemui empat hari kemudian.

Terkini, EA Sports telah mengumumkan bahawa Sala telah dikeluarkan dari senarai pemain di FC Nantes dalam semua game FIFA. Selain itu, mereka turut menarik Sala daripada senarai pemain yang ada dalam pek FIFA Ultimate Team (FUT), serta harga item Sala dalam FUT akan kekal pada nilai sekarang buat selamanya.

Di akhir kenyataan tersebut, EA Sports menyampaikan rasa simpati mereka kepada keluarga Sala, Cardiff City, FC Nantes dan semua peminat beliau di seluruh dunia.

JomKomen!