in , , , ,

EA Sports Berikan FIFA 20 Secara Percuma Untuk Tarik Pemain Berbelanja Dalam Ultimate Team

Tajuk di atas mungkin kelihat sedikit janggal, namun inilah yang menjadi spekulasi pada ketika ini.

Dilaporkan terlebih dahulu oleh Aksiz, seorang pemain mendedahkan di Reddit bahawa beliau telah menerima seunit FIFA 20 secara percuma yang dimasukkan terus ke dalam akaun PlayStation Network beliau secara digital. Melalui mesej yang diterima, pemberian percuma ini dikatakan sebagai untuk menghargai pemain tersebut yang setia bermain FIFA 19.

Screenshot re. my recent post about free copy. Real/fake??! from FIFA

Melalui beberapa balasan daripada post itu, bukan beliau sahaja, malah nampaknya ramai yang mendapat pemberian percuma ini. Dan apa yang lebih menarik ialah, pemain-pemain ini belum lagi membeli FIFA 20, dan mereka pernah bermain/berbelanja untuk mode Ultimate Team (FUT) dalam FIFA 19.

https://www.reddit.com/r/FIFA/comments/e2o7mw/screenshot_re_my_recent_post_about_free_copy/f8wn4vz/

https://www.reddit.com/r/FIFA/comments/e2o7mw/screenshot_re_my_recent_post_about_free_copy/f8wn7lc/

https://www.reddit.com/r/FIFA/comments/e2o7mw/screenshot_re_my_recent_post_about_free_copy/f8xsblh/

EA Sports nampaknya telah menggunakan data yang mereka miliki: mengesan mana-mana pemain yang pernah bermain FUT dalam game sebelumnya tetapi belum membeli FIFA 20, dan memberikan game terbaru itu secara percuma. Kita pun tahu bagaimana EA Sports mampu mendapat keuntungan yang jauh berganda melalui FUT, maka apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan pemberian unit percuma tersebut, lebih-lebih lagi pemberian secara digital.

Menguatkan lagi dakwaan ini ialah apabila EA Sports terus memberikan FIFA 20 Champions Edition, satu edisi yang memberikan beberapa ganjaran menarik untuk FUT.

Satu taktik pemasaran yang sangat berbeza daripada EA Sports kali ini. Apa kata korang? Setuju dengan taktik licik mereka ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Kor Risik Diraja Anjurkan Pertandingan PUBG Mobile Terbuka - RM12,200 Jadi Rebutan!

Kor Risik Diraja Anjurkan Pertandingan PUBG Mobile Terbuka – RM12,200 Jadi Rebutan!

Gambar Devkit PS5 Telah Tersebar Di Internet, Kini Kita Tahu Kenapa Ia Berbentuk "V"

Gambar Devkit PS5 Telah Tersebar Di Internet, Kini Kita Tahu Kenapa Ia Berbentuk “V”