in , , , ,

EA Sports Akan Perbaiki ‘Bicycle Kick’ Dalam FIFA 19 Melalui Kemaskini Terbaru

Selepas kira-kira sebulan dilancarkan, FIFA 19 akan mendapat kemaskini besar untuk gameplay yang pertama.

Antara fokus utama dalam kemaskini gameplay ini ialah memperbaiki ‘bicycle kick’. Sepakan yang sepatutnya sukar untuk dilakukan ini menjadi topik perbualan hangat selepas ia berlaku terlalu kerap. Di reddit, ramai pemain yang telah memuatnaik video bicycle kick masing-masing yang kelihatan seperti terlalu mudah untuk dilakukan. Korang boleh saksikan beberapa daripadanya di bawah:

Backheel cross + bicycle goal. from FIFA

Siap boleh ‘double bicycle kick’:

Double bicycle kick from FIFA

Selain sepakan lipat ini, EA Sports juga akan memperbaiki pelbagai aspek lain seperti pertukaran Game Plan di Pause Menu, membetulkan penjaga gol yang tidak mahu menangkap bola apabila ia berada berdekatan kaki, beberapa penambahbaikan dalam mode FUT dan banyak lagi yang korang boleh baca nota patch penuhnya di sini.

Kemaskini ini telahpun dikeluarkan ke platform PC, manakala untuk konsol PS4 dan Xbox One pula akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penukaran Nama ID PSN Boleh Buatkan Pemain Kehilangan Save Data, Progress, Leaderboards Dan DLC Berbayar

Pemain Berumur 16 Tahun Kalahkan Juara Dunia 7 Kali Dalam Kejohanan Dunia Tetris