EA telah mengumumkan yang mereka telah kembali untuk membangunkan sebuah game mobile daripada francais novel terkemuka dunia ciptaan J.R.R. Tolkien, The Lord of the Rings.
Berjudul The Lord of the Rings: Heroes of Middle-earth, ia merupakan sebuah game mobile percuma (free-to-play) collectible RPG. Game ini digambarkan sebagai sebuah game yang akan “membawakan fantasi dan pengalaman The Lord of the Rings kepada para peminat sedia ada dan baharu dalam pengalaman sosial, kompetitif”.
Game ini dikatakan akan menampilkan “penceritaan mengasyikkan, turn-based combat, sistem koleksi mendalam, dan pelbagai pilihan karakter merentasi universe yang luas dari The Lord of the Rings dan The Hobbit.”
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, EA berkata The Lord of the Rings: Heroes of Middle-earth adalah pertambahan terbaharu dalam portfolio mobile mereka yang sedang berkembang dalam pada syarikat itu terus akan menyajikan pengalaman-pengalaman menakjubkan dan live-service terbaik, mencapai lebih ramai pemain di lebih banyak platform di seluruh dunia.
The Lord of the Rings: Heroes of Middle-earth kini berada dalam pembangunan aktif oleh studio bawah EA yang cukup arif dalam genre mobile RPG, iaitu Capital Games.
Game ini dijadualkan memasuki sesi percubaan beta di sesetengah rantau pada tahun ini. Tarikh tepat dan negara manakah yang akan dilancarkan terlebih dulu masih belum diumumkan.
Comments
Loading…