in

EA Sebut Tentang Kejayaan PUBG Dan Fortnite – Mungkin Battlefield Battle Royale Akan Dihasilkan?

Semasa laporan kewangan EA, subjek mengenai esport mula dibangkitkan dan EA menekankan bahawa pasukan esport mereka sedang melakukan langkah yang baik.

Game seperti FIFA, Madden dan “tajuk-tajuk akan datang” akan terus terlibat bersama gamers dan penonton menurut EA. Mereka juga sedang melihat ke arah apa yang sedang berjaya sekarang dan peluang lain seperti “vektor pertumbuhan dan hasil yang menguntungkan”.

Kejayaan game battle royale baru-baru ini telah mendapat perhatian dari EA. Semasa laporan itu, nampaknya mereka menunjukkan minat terhadap genre tersebut dan akan terus memerhati:

“Apa yang pasukan PUBG sudah lakukan adalah menawarkan tahap inovasi baru yang mengubah cara orang bermain shooter first-person. Kami menghormati kemampuan yang mereka terus lakukan dengan Fortnite. Ia jelas bahawa ia merupakan game mode di mana populasi FPS di seluruh dunia amat berminat dengannya. Dan kami mempunyai game shooter yang terbaik di pasaran yang kamu boleh jangkakan, kami juga memikirkan tentang inovasi dan cara baru untuk bermain. Itu bukan bermakna kami akan menghasilkan klon PUBG dalam dunia Battlefield. Tapi itu juga bermakna pasukan Battlefield kami sedang melihat kepada bagaimana mereka menginovasikan dalam setiap aspek dalam game tersebut termasuklah teras utama permainan dan rekaan map.”

Adakah Battlefield akan mempunyai mode battle royale? Melihat kepada kejayaan dan keuntungan yang dicapai oleh PUBG dan Fortnite, ia agak tidak mengejutkan jika EA akan menyertai kumpulan genre tersebut.

Sumber: PC Invasion

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rasmi: Red Dead Redemption 2 Akan Dilancarkan Pada 26 Oktober Untuk PS4 Dan Xbox One

Dragon Ball FighterZ Ialah Game Dragon Ball Paling Pantas Terjual Dalam Sejarah