Di sebalik ramai yang menganggap bahawa Apex Legends sebagai “Titanfall yang dicanang bakal keluar tahun ini”, EA telah mengesahkan yang ada satu lagi game Titanfall akan dilancarkan pada tahun ini.

Sama ada ia merupakan Titanfall 3 atau apa saja judulnya nanti, EA hanya menyatakan yang mereka akan bawakan satu game yang “berkaitan dengan pengalaman Titanfall”. Apa yang lebih menarik tentang game Titanfall tersebut, kata EA, adalah ianya berbayar dan mempunyai sedikit twist kepada francais ini.

EA turut mengesahkan yang Star Wars Jedi: Fallen Order, yang sedang dibangunkan Respawn, kini berada dalam jadual dan tetap akan dilancarkan pada musim luruh 2019, iaitu sekitar antara bulan September dan Disember. Jadi, bagi korang yang risau tentang game ini akan ditunda, boleh menarik nafas lega (buat masa ini).

Selain itu, EA juga mengesahkan yang game baru Plants vs. Zombies dan Need for Speed akan dikeluarkan pada tahun ini.

Perkara ini dedahkan oleh COO/CFO EA, Blake Jorgensen semasa laporan suku tahunan ketiga syarikat tersebut (via Gematsu). Beliau berkata:

“FIFA menyerlah sebagai francais yang mantap dalam keadaan yang kurang stabil dalam industri video game. Di tempat lain dalam bisnes, kami sedang melakukan perubahan bagi menambahbaik pelaksanaan dan memfokuskan R&D. Memandang ke hadapan, kami sangat gembira untuk melancarkan Anthem, IP baru kami, mengembangkan lagi Apex Legends dan pengalaman berkaitan Titanfall, menyampaikan game baru Plants vs. Zombies dan Need for Speed, dan menambah Star Wars Jedi: Fallen Order ke dalam barisan game kami.”

Nampaknya 2019 bakal menjadi tahun yang sangat sibuk untuk EA. Mampukah mereka menambat hati ramai gamers di luar sana?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.