in ,

EA Sahkan Lebih Banyak Game Star Wars Dalam Pembangunan Walaupun Tiada Lagi Hak Eksklusif

Satu pengumuman sangat menarik telah menggegarkan dunia gaming pada malam tadi. Lucasfilm Games telah mengumumkan sebuah game open-world Star Wars sedang dibangunkan oleh Ubisoft, sekaligus menandakan pengakhiran perjanjian eksklusif Electronic Arts (EA) untuk lesen Star Wars.

Sejurus kerjasama Ubisoft ini diumumkan Lucasfilm Games, EA turut mengeluarkan satu tweet, mengesahkan sekali lagi bahawa lebih banyak game Star Wars akan dibangunkan oleh studio-studio mereka walaupun mereka tidak lagi memiliki hak eksklusif terhadap lesen Star Wars.

Lebih menarik, mereka turut menyebutkan BD-1, teman droid dalam game Star Wars: Jedi Fallen Order. Adakah ini merupakan satu tease menyatakan yang mereka sedang dalam pembikinan sekuel game tersebut?

Walaupun EA atau Respawn Entertainment tidak lagi mengumumkan sekuel itu secara rasmi, namun banyak laporan telah mengatakan mereka sudahpun memulakan pembangunannya. Melihat kepada sambutan hangat peminat dan menerima pelbagai pujian, mustahil untuk mereka tidak memulakan lagi pembikinan sekuel ini.

Dalam satu kenyataan kepada GamesRadar pula, wakil EA ada menyatakan kolaborasi antara EA dengan Lucasfilm Games akan terus bersambung untuk beberapa tahun mendatang.

Berita ini sememangnya satu kemenangan besar kepada peminat tegar Star Wars. Bukan sahaja EA akan menghasilkan lebih banyak game dari IP itu, malah kita akan disajikan dengan lebih banyak game pelbagai genre dari bermacam studio berbeza terkemuka di luar sana.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Sedang Bangunkan Game Open-World Star Wars, Umum Lucasfilm

Pengasas CDPR Mohon Maaf Atas Isu Cyberpunk 2077, Minta Jangan Salahkan Pembangun