in ,

EA Sahkan Battlefield Baru, Di-Develop DICE Akan Keluar Akhir Tahun!

Electronic Arts (EA) telah mengumumkan bahawa Battlefield baru akan keluar pada akhir tahun.

battlefield

Masihkah korang ingat kepada Battlefield Hardline? Atau adakah korang dah delete ia dari memori? Battlefield Hardline, siri spin-off dari dunia ketenteraan, sebuah game yang di-develop oleh Visceral, tidak mendapat sambutan malah dikritik hebat oleh para peminat setia siri Battlefield.

Kini, EA telah mengesahkan bahawa siri Battlefield seterusnya akan kembali di-develop oleh DICE. Pastinya, berita ini menggembirakan para pemain Battlefield.

EA telah mengumumkan ini dalam kenyataan mereka mengenai perancangan tahun fiskal 2017, yang akan berjalan dari 1 April 2016 hingga 31 Mac 2017. Memetik kenyataan tersebut:

“In Q1, we’ll begin with the creative and innovative Mirror’s Edge Catalyst from DICE launching in May. A great line-up of EA Sports titles are in development for next year, and we look forward to sharing more about these new experiences in the months ahead. An all-new Battlefield game from DICE will arrive in time for the holidays, we’re excited to have a new Titanfall experience coming from our friends at Respawn – and of course, Mass Effect Andromeda from the team at BioWare will launch later in the fiscal year.”

JomBaca: Battlefield 5: Armageddon Akan Datang 2016?!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

11 Games Yang Bakal Menggegar Februari 2016!

FFXV : Free Tech Demo Akan Memaparkan Noctis Si Anak Kecil Sebagai Lead Character