in , , ,

EA Sahkan Battlefield 2042 Akan Menyokong Cross-Play, Tapi Hanya Bersama Konsol Generasi Sama

Walaupun EA dan DICE telah memperlihatkan dua trailer untuk Battlefield 2042 — sinematik dan gameplay — yang cukup menggembirakan ramai, ia masih lagi menimbulkan banyak tanda tanya tentang keseluruhan kandungan yang akan disajikan dalam game shooter itu.

Susulan menerima begitu banyak persoalan, Pengurus Komuniti EA telah mengeluarkan satu artikel panjang berkongsikan beberapa kandungan dan ciri yang akan dibawa ke dalam Battlefield 2042.

Antara yang dijawab adalah mengenai kehadiran sokongan cross-play. EA tidak menyatakan secara jelas bahawa mereka akan menawarkan fungsi ini pada hari pertama pelancaran game ini kelak, namun telah mengesahkan bahawa dalam sesi percubaan teknikal yang akan berlangsung tidak lama lagi akan mencuba sokongan ini.

Mereka turut mendedahkan bahawa jika semuanya berjalan lancar, rancangan mereka adalah untuk membahagikan cross-play kepada dua cabang yang mengasingkan pemain kepada platform generasi yang sama. Maksudnya, hanya pemain PC, PS5 dan Xbox Series akan boleh main bersama, manakala PS4 pula akan bertemu dengan hanya pemain dari Xbox One.

Malah, untuk PS5 dan Xbox Series, pemain akan diberi pilihan untuk tidak bermain bersama PC yang mungkin akan lebih mendominasi menggunakan keyboard/mouse.

Selain itu, EA juga mengumumkan yang Battlefield 2042 akan menyokong cross-progression dan cross-commerce untuk semua platform. Dalam kata lain, semua progress yang telah dicapai dan segala kandungan yang telah dibeli di satu-satu platform, akan dibawa ke semua platform yang ada, sekiranya pemain berhasrat untuk bertukar-tukar platform.

Perkembangan terbaharu Battlefield 2042, atau mungkin gameplay baharu, akan diperlihatkan dalam acara EA Play Live yang akan berlangsung 22 Julai ini.

Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rasmi: EA Tidak Hadkan FIFA 22 Untuk Satu PC Sahaja, Tersilap Letak Notis Di Steam [KEMASKINI]

Valve Umumkan Steam Deck, Pesaing Nintendo Switch – Segalanya Tentang Sistem PC Gaming Bimbit Paling Berkuasa Ini