in , , ,

EA Sahkan ‘Akan Terus Melabur’ Dalam Siri Star Wars Jedi: Fallen Order

Electronic Arts (EA) telah mengesahkan yang mereka akan terus melakukan pelaburan terhadap Star Wars Jedi: Fallen Order yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment.

EA mengumumkan perkara ini dalam laporan kewangan terbaharu mereka, lapor Gamespot.

Walau bagaimanapun, EA tidak menyatakan lebih lanjut tentang perancangan mereka terhadap francais ini. Apakah game akan datang dari siri ini adalah sekuel, prekuel, atau satu spin-off dalam universe yang sama? Masih menjadi tanda tanya.

Star Wars Jedi: Fallen Order, yang dilancarkan pada November 2019, merupakan sebuah game single-player story yang amat berjaya — baik dari segi pujian para pemain, mahupun dari segi jualan.

Sehingga ke hari ini, EA masih belum mengumumkan secara rasmi sebarang sekuel untuk Star Wars Jedi: Fallen Order, selain hanya beberapa laporan dari orang dalam yang mengatakan sekuelnya kini sedang aktif dibangunkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

NetEase Umumkan Project M, Game Mobile Shooter Yang Sangat Serupa Dengan Valorant

Fungsi Cipta Kelab Sendiri Kembali Dalam FIFA 22 Career Mode, Tambah Atmosfera Di Bilik Persalinan