Project Cars merupakan antara francais game racing yang paling popular ada di pasaran. Dari 2015 hingga 2021, ia berjaya melancarkan tiga buah game utama, serta satu game mobile spin-off.
Malangnya, francais itu kini secara rasminya telah ditutup oleh EA.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada GameIndustry.biz, EA mengesahkan yang mereka akan “menghentikan pembangunan dan pelaburan lanjut” untuk francais ini.
EA turut menyatakan yang para pekerja yang sedang terlibat dengan Project Cars akan dipindahkan ke mana-mana “bahagian lain yang bersesuaian”.
Keputusan ini hadir selepas EA mengambil-alih Codemasters pada Februari 2021, iaitu pemilik kepada Slightly Mad Studios, iaitu pembangun siri Project Cars. EA merasakan yang Project Cars tidak mampu untuk menjadi sebuah game yang berjaya atau sesuai dalam portfolio game racing mereka.
Awal tahun 2022, mereka telah mengumumkan yang mereka telah menarik keluar Project Cars dan Project Cars 2 dari semua platform disebabkan lesen-lesen yang sudah tamat.
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.
At the beginning, I was still puzzled. Since I read your article, I have been very impressed. It has provided a lot of innovative ideas for my thesis related to gate.io. Thank u. But I still have some doubts, can you help me? Thanks.