Electronic Arts dan Premier League (Liga Perdana Inggeris) nampaknya semakin hampir untuk melengkapkan kerjasama bernilai £488 juta (~RM2.58 bilion).
Berita ini dilaporkan oleh Sky Sports yang menyatakan perjanjian tersebut akan berjalan selama enam tahun.
Laporan ini menyatakan yang pihak Premier League telah memberitahu kesemua 20 kelab dalam liga tersebut mengenai perjanjian bernilai tinggi itu. Seorang eksekutif kelab memberitahu Sky Sports bahawa kerjasama ini akan menjana pendapatan sebanyak £80 juta (~RM422 juta) setahun.
Kerjasama ini turut dilaporkan bernilai lebih dua kali ganda daripada kerjasama sedia ada yang dijalin antara EA dan Premier League.
Perjanjian ini pastinya sesuatu yang perlu dilakukan oleh EA memandangkan bermula tahun ini, mereka tidak lagi akan bekerjasama dengan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Bermula tahun ini juga, game-game bola sepak terbitan EA Sports yang sebelum ini cukup sinonim dengan nama ‘FIFA’, akan bertukar kepada game berjudul ‘EA Sports FC’.
Comments
Loading…