in

EA Play Live 2020 Akan Berlangsung Pada Jun, Memperlihatkan Game-Game Baru [KEMASKINI]

[KEMASKINI]:

EA Play 2020 telah ditunda untuk memberi ruang kepada protes ‘Black Lives Matter’ yang sedang memanas di Amerika Syarikat. Acara ini kini akan berlangsung pada 18 Jun, 7 Pagi.

[LAPORAN ASAL]:

Electronic Arts telah mengumumkan acara utama tahunan mereka yang sering berlangsung semasa minggu E3.

EA Play Live 2020 telah diumumkan dan akan berlangsung pada 12 Jun, 7 pagi (waktu Malaysia). Seperti biasa, ia akan mengumumkan dan memperlihatkan game-game baharu serta kemaskini-kemaskini untuk game-game sedia ada keluaran syarikat tersebut.

Dan semestinya, ia diadakan sepenuhnya secara digital melalui livestream yang boleh ditonton di EA.com, Twitch dan Youtube.

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, EA turut menyertai Summer Game Fest, satu acara seakan E3 yang bakal berlangsung selama 4 bulan. Maka, kemungkinan EA akan turut mengumumkan beberapa demo yang boleh dimainkan para pemain kelak.

Setakat ini, selain EA, syarikat gaming besar yang sudah mengumumkan acara tahunan pertengahan tahun mereka ialah Microsoft, yang akan memperlihatkan sepenuhnya Xbox Series X pada 7 Mei ini, 11 malam (waktu Malaysia).

Sama-sama kita nantikan pengumuman dari penerbit-penerbit lain pula.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Dengan 1.2 Juta, Soloz Catat 'Malaysia Book of Records' Sebagai Atlet Esports Paling Ramai Pengikut Di Facebook

Dengan 1.2 Juta, Soloz Catat ‘Malaysia Book of Records’ Sebagai Atlet Esports Paling Ramai Pengikut Di Facebook

The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

The Last of Us Part II Kini Siap Sepenuhnya, Ada Video Mesej Dari Naughty Dog