Pihak Electronic Arts dan Epic Games telah dipanggil ke Parlimen United Kingdom untuk membincangkan tentang implementasi sistem loot box dalam game-game mereka.

Bercakap di hadapan Jawatankuasa Digital, Budaya, Media dan Sukan di Parlimen UK, wakil EA, Kerry Hopkins berkata:

“Kami setuju dengan suruhanjaya perjudian UK, suruhanjaya perjudian Australia, dan banyak lagi suruhanjaya perjudian lain bahawa itu [loot box] bukan perjudian; dan kami pula tidak bersetuju bahawa terdapat bukti yang menunjukkan ia mengarah kepada perjudian. Sebaliknya, kami percaya ia adalah seperti produk-produk lain yang ramai menikmatinya secara sihat, dan seperti ada elemen kejutan.”

Dalam kata mudah, EA menyatakan bahawa pembelian dalam mode FIFA Ultimate Team yang menjurus kepada pemberian pemain secara rawak itu bukanlah loot box, tetapi adalah “mekanisme kejutan.”

Korang boleh tonton pertemuan dan perbincangan mereka di Parlimen UK di sini.

Awal tahun ini, EA akur kepada kerajaan Belgium apabila terpaksa menghentikan jualan FIFA Points. Ia kemudiannya diikuti dengan PES pula, apabila turut membuang pembelian points dalam mode myClub menggunakan wang sebenar.

Sumber: VG247

JomKomen!