FIFA dan Premier League berpisah tiada!

Menurut Sports Business, developer video game FIFA, EA telah memperbaharui perjanjian bagi hak tajaan dan perlesenan bersama Premier League.

Perjanjian lama yang sepatutnya berakhir di penghujung musim terkini itu – telah diperbaharui dan akan melihat EA memegang hak perlesenan Premier League dari permulaan musim 2019/2020 sehinggalah ke penamat musim 2024/2025.

EA Sports telah memegang hak perlesenan video game Premier League secara eksklusif sejak tahun 2003 yang menyaksikan pesaing mereka, Konami hanya mampu memegang hak perlesenan bagi beberapa kelab Premier League setiap musim. 

Spekulasi ramai mengatakan ini mungkin AKHIRNYA menjadi penamat kepada francais Pro Evolution Soccer dari Konami. Tapi setelah 15 tahun FIFA memegang hak perlesenan ini, PES masih teguh berdiri tanpa hak perlesenan tersebut malahan semakin menjadi pilihan penganjur tournament-tournament esports bolasepak antarabangsa.

Sama-sama kita nantikan berita selanjutnya berkenaan ‘perseteruan’ dua francais video game bolasepak ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.