in , , ,

EA Mungkin Haramkan Game Penuh Battlefield 2042 Kepada Pemain Yang Muatnaik Gameplay Percubaan Teknikal

Beberapa hari lalu, EA dan DICE telahpun memulakan sesi percubaan teknikal untuk Battlefield 2042. Seperti yang ramai sudah tahu, walaupun para pemain ini telah menandatangani perjanjian yang bersetuju untuk tidak berkongsi sebarang gameplay daripada sesi tersebut, ramai juga pemain yang melanggarnya.

Selain menghalang para pemain yang tidak bertanggungjawab ini untuk tidak lagi diberikan akses kepada sesi percubaan teknikal ini, EA nampaknya merancang akan memberikan hukuman lebih berat.

Apakah hukuman tersebut? Mengharamkan pemain-pemain ini daripada game penuh Battlefield 2042 apabila game itu dilancarkan sepenuhnya kelak.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Pengurus Komuniti EA Studios Eropah, Adam Freeman dalam satu untaian di Twitter.

“Langgar peraturannya, bersedia untuk kehilangan akses kepada kedua-dua percubaan teknikal, percubaan-percubaan EA akan datang, dan berpotensi kehilangan akses kepada [Battlefield] 2042 sendiri apabila ia dilancarkan,” kata Freeman.

Beliau turut mengesahkan yang mereka telahpun membuang sebilangan pemain dari sesi tersebut dalam tempoh 48 jam yang lalu, dan mereka tidak akan dibenarkan lagi untuk memainkannya pada hujung minggu ini.

Selain beberapa gameplay dari sesi percubaan ini yang telah tertiris, ada juga pihak yang telah menggali data dari fail sesi percubaan itu. Butiran baharu yang mereka temui adalah mengenai mode Hazard Zone yang dikatakan memiliki banyak persamaan dengan Escape from Tarkov dan Hunt: Showdown.

Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Microsoft, Tencent Bekerjasama Untuk Bangunkan Age of Empires Mobile

Microsoft Terbuka Untuk Perbincangan Menawarkan Xbox Game Pass Di Konsol Lain