Electronic Arts (EA) nampaknya sudah mula mengacah untuk mengumumkan versi remastered Need For Speed: Hot Pursuit.
Akaun Twitter rasmi Need For Speed telah memuatnaik beberapa screenshot dari dalam game yang mana ramai peminat yakin, walaupun EA tidak menyatakan secara jelas, bahawa ia adalah dari versi remastered Need For Speed: Hot Pursuit.
Apa yang membuatkan ramai merasakan ini merupakan siri promosi acah untuk versi remastered Need For Speed: Hot Pursuit adalah disebabkan beberapa laporan awal yang telah timbul sebelum ini. Amazon UK telah tidak sengaja meletakkan game ini di laman web itu, dan ia juga telah mendapat rating di Korea Selatan.
EA sememangnya sudah bersedia untuk mengumumkan sesuatu yang berkaitan dengan Need for Speed kerana di laman web rasminya terdapat countdown yang berakhir pada 11 Malam, 5 Oktober. Bermakna, kita kemungkinan besar bakal disajikan dengan berita tentang versi remastered Need For Speed: Hot Pursuit pada waktu tersebut.
Need For Speed: Hot Pursuit pertama kali dilancarkan pada 2010 untuk PC, PS3 dan Xbox 360.
Comments
Loading…