EA Sports kini sedang mencuba sesuatu yang baharu dalam mode FIFA 21 Ultimate Team yang penuh kontroversi itu.
Sekurang-kurangnya dalam waktu terhad, EA akan membenarkan pemain untuk melihatkan apa yang ada dalam pek sebelum memutuskan untuk membelinya ataupun tidak.
Digelar ‘Preview Packs’, ia boleh dibuka terlebih dulu, memperlihatkan animasi membuka pek tersebut, kemudian menunjukkan apakah pemain-pemain yang terdapat dalam pek itu. Selepas melihatnya, pemain diberi pilihan sama ada untuk membelinya menggunakan FUT Coins (mata percuma yang dikumpul dengan bermain mode itu) atau FIFA Points (dibeli dengan wang sebenar).
Namun, EA tidaklah begitu pemurah dalam hal ini. Ada ‘jahatnya’. Untuk setiap pek, pemain hanya diberi peluang untuk membukanya dalam tempoh 24 jam sahaja. Bagaimana kalau nak gunakan lagi Preview Pack ini? Perlu tunggu keesokan harinya.
Sistem baharu ini masih menjadi tanda tanya sama ada ianya akan kekal atau hanya bersifat sementara. Ramai menjangkakan bahawa ini merupakan langkah awal EA untuk beralih sepenuhnya daripada sistem loot box yang sudah disahkan oleh pihak berkuasa dari banyak negara Eropah sebagai satu bentuk perjudian.
Mengapa ia disahkan sebagai judi? Kerana pek-pek yang ingin dibuka itu tidak menunjukkan apakah item yang terdapat di dalamnya, membuatkan sekiranya tiada item yang baik, pemain akan terus membelinya menggunakan wang sebenar bagi memperkuat pasukan.
Sumber: GamesRadar
Baca lagi:
- Peminat Bengang EA Iklankan FIFA Points Dalam Majalah Kanak-Kanak Kerana Perkaitannya Dengan Judi
- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Mula Suarakan Unsur Perjudian Loot Box Dalam Video Game
- Selepas FIFA, PES Pula Buang Jualan Matawang Dalam Game Di Belgium Kerana Kontroversi Kegiatan Judi
Comments
Loading…