EA berjanji untuk membetulkan isyarat tersebut selepas seorang fighter UFC Muslim tidak berpuas hati.

031415-UFC-Khabib-Nurmagomedov-LN-PI.vresize.1200.675.high.99

Pihak Electronic Arts (EA) telah memohon maaf kepada Khabib Nurmagomedov, selepas fighter ini mengeluarkan tweet menyuruh EA Sports membuang isyarat yang kurang menyenangkan dirinya sebagai seorang Muslim.

Dalam UFC 2, karakter Khabib telah melakukan isyarat salib di dada semasa meraikan kemenangan dalam sesebuah perlawanan. Pastinya, sebagai seorang Muslim, ia menimbulkan sedikit kurang selesa kepada beliau selepas karakter dirinya melakukan sedemikian.

Berikut adalah kenyataannya yang dikeluarkan dalam akaun Twitter beliau:

Isyarat kemenangan yang dilakukan karakter dalam UFC 2 merupakan “celebration” yang diletakkan secara rawak untuk semua karakter. Dan pihak EA tidak menyangka ia mampu menimbulkan isu keagamaan serta mampu membuatkan seseorang kurang selesa mengenainya.

Pihak EA Sports telah menjawab tweet Khabib tersebut, dan beliau telah memuat naik screenshot permohonan maaf itu ke laman Instagram beliau.

Memetik kata-kata pihak EA Sports:

“Hello Khabib. Just wanted to reach out and let you know that we’ve seen your concern in regards to your after fight celebration. We’ve informed our development team about this issue and will change the celebration in our next update. Apologies is this has offended you in any way.”

Memetik kata-kata Khabib di Instagram:

Alhamdulilah. I have nothing against Christians. Every man in this life has his own way, and my way is Islam. Developers of the game made mistake. Let’s be honest, every human being made mistakes, and I’m not holding a grudge. They apologized and promised to fix it. Hopefully, next time they wouldn’t make mistakes like this, and take account everybody’s religion.

Capture

Terima kasih, Eurogamer.

JomBaca: Sumpahan EA Sports Untuk Muka Hadapan Game Berterusan!?

2 KOMEN

JomKomen!