EA telah mengumumkan untuk menghentikan penjualan FIFA Points di Belgium berikutan tekanan yang diberikan oleh kerajaan terhadap loot box.

Dalam FIFA Ultimate Team, pemain boleh menggunakan wang untuk membeli FIFA Points yang mana points itu boleh digunakan untuk membeli pek kad.

Pada bulan September tahun 2018, kerajaan Belgium yang mana telah mengisytiharkan bahawa loot boxes adalah salah satu bentuk perjudian kerana pemain tidak tahu apakah items yang mereka akan dapat yang terkandung dalam kotak apabila mereka membelinya. Pada tahun yang sama juga, kerajaan Belgium telah melancarkan siasatan terhadap EA atas sebab selepas syarikat itu menolak untuk mengubah suai sistem loot boxes yang ada dalam FIFA untuk mematuhi undang-undang perjudian di negara itu.

JomBaca: EA dan FIFA 19 Dibawah Penyiasatan Suruhanjaya Gaming Belgium Kerana Unsur Judi!

Commission Gaming di Belgium menentukan bahawa loot box yang terkandung dalam FIFA 18, Overwatch dan Counter-Strike: Global Offensive adalah sebagai satu bentuk “nasib dalam permainan haram” dan oleh sebab itu, ia menjadi subjek kepada undang-undang perjudian di Belgium.

Blizzard, Valve dan 2K Games adalah antara yang syarikat yang mematuhi undang-undang perjudian Belgium dengan membuang sistem loot box dari game-game mereka. Tetapi, EA masih tidak melakukan apa-apa tindakan sehinggalah sekarang.

“Selepas melakukan perbincangan teliti dengan pihak berkuasa Belgium, kami memutuskan untuk menghentikan penawaran FIFA Points di Belgium,” kata EA.

JomBaca: Pihak Berkuasa Belgium Sahkan Loot Box Adalah Perjudian, Mahu Ia Diharamkan Di Eropah

Perubahan ini tidak akan memberikan kesan sebelum 31 Januari, ini bermakna, selepas tarikh ini, pemain di Belgium akan tidak boleh membeli points untuk membeli pek kad. Mereka masih boleh bermain Ultimate Team dan menggunakan pemain bola sepak yang sedia ada dan juga mereka boleh mendapatkan pek kad dengan FUT Coins, mata wang maya yang mana pemain boleh dapatkan dengan hanya bermain game. Tapi mereka tidak lagi boleh membayar (dengan wang sebenar) untuk mendapatkannya.

“Kami minta maaf kepada pemain kami di Belgium terhadap sebarang kesulitan yang disebabkan oleh perubahan ini,” kata EA.

Pada tahun lepas, EA dengan kerasnya berkata bahawa mereka tidak percaya yang loot box adalah salah satu bentuk perjudian. Pada bulan April, mereka berkata game-game mereka “dihasilkan dan diimplementasikan dengan penuh etika dan mematuhi undang-undang dunia” dan tidak bersetuju bahawa game-game mereka “adalah salah satu bentuk perjudian”.

CEO EA, Andrew Wilson berkata pada bulan Mei, oleh sebab “pemain selalu menerima beberapa jumlah items yang spesifik dalam setiap pek” dan kerana ia tidak menyediakan atau memberi kuasa dalam mana-mana cara untuk membelanjakan wang atau menjual items atau mata wang maya untuk wang sebenar”. Tapi menurut laporan dari Eurogamer, apabila bermain FIFA, semestinya pemain lebih banyak membelanjakan wang.

Untuk FIFA 19, buat pertama kalinya EA menambah sistem kebarangkalian untuk pemain menerima pek kad dalam FUT. Sistem ini akan memberitahu kepada pemain berapa peratus peluang pemain untuk menerima kualiti kad yang ada dalam pek tersebut. Taktik ini dilihat sebagai salah satu cara EA untuk menutup kebenarannya di mana FIFA meraih keuntungan berbillion dollar setahun dari EA.

JomBaca: Loot Box Dalam Star Wars Battlefront II Dan Overwatch Kini Disiasat Atas Satu Bentuk Perjudian Di Belgium

Dalam kenyataannya pada hari ini, EA menyatakan semula kepercayaannya bahawa loot box adalah bukan satu bentuk perjudian. Belgium bukanlah pasaran terbesar bagi FIFA dan semestinya EA menekankan bahawa perubahan ini tidak akan memberikan kesan terhadap prestasi kewangannya. Tapi nampaknya, EA sememangnya tidak gembira dengan situasi ini.

“Kami mencari ruang untuk membawakan pilihan, keadilan, nilai dan keseronokan kepada pemain kami dalam semua game kami. Dengan tambahan untuk menyediakan pemain sebuah pilihan dalam bagaimana mereka bermain, kami menyertakan sistem kebarangkalian dalam game kami untuk memastikan bahawa pemain diberitahu kandungan dalam pilihan yang mereka telah buat. Sementara kami mengambil tindakan ini, kami tidak bersetuju dengan pihak berkuasa Belgium terhadap interpretasi undang-undang dan kami akan terus mencari lebih kejelasan terhadap perkara ini. Impak terhadap perubahan ini tidak akan memberikan kesan terhadap prestasi kewangan kami,” jelas EA.

JomKomen!