in

EA Memfailkan Permohonan Tanda Dagang ‘EA Sports FC’ – Selamat Tinggal ‘FIFA’?

Beberapa hari lalu, EA telahpun mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang mendedahkan mereka sedang mempertimbangkan untuk menukar judul francais game bola sepak mereka.

Terkini, satu butiran telah ditemui, mencadangkan ia mungkin adalah nama baharu yang bakal digunakan oleh EA untuk siri game tersebut.

VGC melaporkan bahawa EA telah memfailkan permohonon tanda dagang perisian video game untuk nama ‘EA Sports FC’ kepada Intellectual Property Office (UK) dan European Union Intellectual Property Office, masing-masing 1 Oktober dan 4 Oktober lalu.

Apakah ini judul baharu untuk francais game bola sepak dari EA? EA Sports FC? Bilakah nama ini akan digunakan? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi seterusnya daripada EA.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

CDPR Memperlihatkan Video The Witcher 3 Dimainkan Di Steam Deck

Kumpulan Hak Haiwan (PETA) Menggesa Ubisoft Buang Laga Ayam Dalam Far Cry 6