in

EA, Koei Tecmo Umum Judul Game Hunting Macam Monster Hunter – Wild Hearts

Wild Hearts, sebuah game seperti Monster Hunter dari EA dan Koei Tecmo akan didedahkan menerusi trailer pada 28 September ini.

Pada bulan lepas, EA telah mengumumkan akan berkolaborasi dengan Omega Force, sebuah studio dari Koei Tecmo yang terlibat dalam pembikinan siri Warriors. Menerusi program EA Originals, game ini digambarkan sebagai “the next great hunting game”.

“Bersiap sedia untuk pengembaran epik di dunia fantasi yang diinspirasikan dari feudal Jepun.” Kenyataan pada trailer yang masih belum boleh ditonton.

Semasa game ini pertama kali didedahkan, Yosuke Hayashi dari Koei Tecmo berkata “Pasukan EA membenarkan kebebasan kreatif kami dalam menghasilkan Wild Hearts dan mereka telah menjadi rakan kongsi kami yang berharga dalam pembangunan mahupun sokongan penerbitan. Menambah sumber-sumber global dari EA dengan kami dapat membantu kami memperkenalkan game terbaru ini kepada audiens global dan melebarkan lagi pasaran global.”

Hayashi juga berkata beliau tidak sabar untuk melihat pemain di serata dunia bermain Wild Hearts.

Wild Hearts merupakan percubaan pertama Omega Force dalam menghasilkan game seperti Monster Hunter. Studio itu pernah menghasilkan siri Toukiden, yang mana menampilkan ciri-ciri hampir sama seperti Monster Hunter.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Civilization: Reign of Power Diumumkan, Game Mobile Berdasarkan Sid Meier’s Civilization

The Finals Akan Buat Korang Ternganga – Game Shooter Dari Bekas Pembangun Battlefield