in , , , , ,

EA Kekal Komited Kepada Microtransactions, Dan Anggap Ia Satu Elemen Penting Dalam Game

Penerbit game, Electronics Arts telah menerima tamparan yang hebat pada tahun lepas apabila peminat membantah penggunaan microtransactions dalam Star Wars Battlefront 2. Kecaman yang diterima sangat teruk sehinggakan EA terpaksa menutup sistem tersebut buat sementara waktu untuk memperbetulkannya.

Tapi gamers dan juga penggubal undang-undang bimbang mengenai bagaimana sistem itu diimplementasikan ke dalam industri video game. EA telah mengesahkan semula komitmennya kepada microtransactions. Dalam panggilan pelaburan baru-baru ini, CEO Andrew Wilson berkata microtransactions takkan berganjak.

Menurut Andrew Wilson, EA percaya bahawa “perkhidmatan secara langsung yang termasuk dengan pilihan pengewangan digital, apabila ia dilakukan dengan betul, akan memberikan elemen pilihan yang sangat penting yang boleh memanjangkan dan meningkatkan pengalaman dalam game kita.”

Battlefront 2 mungkin akan menjadi contoh kepada “perkhidmatan secara langsung” yang dilakukan secara salah. Peminat mengecam apabila Battlefront 2 dilancarkan bersama dengan loot boxes berbayar yang terkandung dalam penukaran items. Jalan alternatifnya adalah memerlukan masa bermain yang berjam-jam lamanya untukย unlockย satu karakter hero.

Wilson memanggil Battlefront 2 sebagai “peluang pembelajaran”, jadi kita boleh jangkakan penggunaan microtransactions yang kurang agresif pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, EA tidak ada sebab untuk membuang microtransactions. Malah, mereka mungkin boleh disaman oleh para pelabur jika mereka cuba membuangnya.

Menurut laporan kewangan mereka yang terbaru, akaun “perkhidmatan secara langsung” adalah yang paling banyak menjana keuntungan. Dengan jumlah keuntungan sebanyak $1.23 billion pada suku tahun lepas. Dengan keuntungan yang sangat besar sebanyak $787 juta datang dari “perkhidmatan secara langsung”, hanya $260 juta datang dari penjualan game penuh. EA mungkin tidak kisah dengan penjualan Battlefront 2 yang perlahan kerana keuntungan yang lebih tinggi mereka boleh perolehi dari pemain yang membelanjakan banyak wang dalam microtransactions.

Ramai dari kita yang meluahkan rasa tidak suka kepada microtransactions. Tapi ia merupakan satu bisnes besar buat EA. Penerbit dan pembangun game akan berhenti mengintegrasikan items berbayar dalam game apabila kita berhenti membelinya, dan nampaknya itu tidak berlaku. Keputusan fiskal EA menunjukkan peningkatan 39 peratus dalam keuntungan secara langsung dibandingkan dengan suku tahun lepas. Bukan sahaja gamers masih mahu membelanjakan wang dalam microtransactions, mereka melakukannya lebih dari apa yang mereka lakukan sebelum ini dalam Battlefront 2.

EA merancang untuk memasukkan semula microtransactions ke dalam Battlefront 2 untuk masa akan datang. Tapi tidak pasti bagaimanakah mereka akan mengubahnya.

Sesetengah penggubal undang-undang meluahkan rasa bimbang terhadap sistem yang hampir menyamai seperti perjudian. EA akan cuba untuk mengelak perbandingan itu dari berlaku.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dragon Ball FighterZ Ialah Game Dragon Ball Paling Pantas Terjual Dalam Sejarah

Electronic Arts (EA) Kini Lebih Dibenci Berbanding Trump Organization Di Amerika Syarikat