in , ,

EA Kata FIFA 21 Tak Boleh Cross-Play PS4-PS5, Tapi Sebenarnya Boleh, Ini Caranya

Pada Ogos lalu, EA telah memberitahu bahawa pemain FIFA 21 di PS4/Xbox One dan PS5/ Xbox Series tidak akan boleh main online bersama, dalam kata lain, tak boleh cross-play antara dua generasi konsol walaupun dalam keluarga konsol yang sama.

Pengumuman ini membuatkan sesetengah pemain FIFA 21 teragak-agak untuk beralih ke PS5, termasuk penulis sendiri, kerana kelak tidak akan dapat main online bersama rakan-rakan yang masih bermain di PS4.

Walau bagaimanapun, cross-play di FIFA 21 sebenarnya boleh dimainkan antara PS4 dan PS5, dan ada caranya untuk membenarkan fungsi ini. Ia telah disahkan oleh rakan penulis sendiri, Mohd Kamil (@kamilgeekz), yang bertuah sekali berjaya memiliki PS5 pada hari pertama pelancaran di Malaysia.

Macam Mana Boleh Cross-Play Pula?

Pertama sekali, kita kena faham konsepnya terlebih dulu. Di konsol PS5, kita boleh install kedua-dua versi FIFA 21 — iaitu versi PS4 dan versi PS5.

Untuk versi PS5, inilah versi sebenar naiktaraf dan tambahbaik grafik untuk PS5 yang EA canang-canangkan itu dengan trailer baharu dan sebagainya. Versi inilah yang tidak boleh main cross-play dengan pemain di konsol PS4.

Untuk versi PS4, senang kata, ini adalah versi yang serupa dengan apa yang kita ada di konsol PS4. Yang membezakannya hanya ia dimainkan di konsol PS5. Tiada sebarang penambahbaikan grafik atau apa-apa — sememangnya versi asal PS4.

Maka, FIFA 21 versi PS4 yang ada di konsol PS5, boleh bermain online secara cross-play dengan pemain FIFA 21 yang menggunakan konsol PS4. Senang cerita, mereka boleh main bersama kerana secara asasnya ia menggunakan versi yang sama.

Malah, kalau kita buka Storage di Settings PS5, kita akan lihat terdapat dua aplikasi FIFA 21 yang memenuhi ruang Storage, iaitu versi PS4 dan versi PS5.

Macam Mana Nak Install FIFA 21 Versi PS4 Di Konsol PS5?

Okay, kita dah fahamkan konsepnya, jadi persoalan utamanya ialah macam mana nak dapatkan FIFA 21 versi PS4 di konsol PS5 supaya kita boleh main online bersama dengan rakan-rakan yang masih lagi menggunakan PS4?

Terdapat tiga cara untuk install FIFA 21 versi PS4 di konsol PS5.

Pertama, melakukan perpindahan data menggunakan kabel LAN dari konsol PS4 ke konsol PS5. Caranya, konsol PS4 yang ada game FIFA 21 itu harus dihubungkan dengan dengan konsol PS5 menggunakan kabel LAN, dan aplikasi game tersebut akan terus dipindahkan dengan pantas. Jangan risau tentang prosedurnya kerana apabila pertama kali menghidupkan PS5, sistem PS5 akan menunjukkan caranya.

Kedua, kita boleh install terus FIFA 21 versi PS4 di konsol PS5 dari Library. Syaratnya, korang telah membelinya secara digital menggunakan akaun PSN yang sama.

Ketiga, untuk korang yang membelinya secara disk fizikal, masukkan saja disk FIFA 21 ke dalam konsol PS5 dan ia akan install FIFA 21 kedua-dua versi PS4 dan versi PS5.

Macam Mana Nak Mainkan Versi PS4 Ini?

Walaupun kita telah install kedua-dua FIFA 21 versi PS4 dan versi PS5 di konsol PS5, kita hanya akan nampak satu aplikasi FIFA 21 sahaja di menu hadapan. Kita boleh memilih sama ada untuk memainkan versi yang mana satu dengan sedikit pertukaran settings seperti berikut (terima kasih, Kamil!):

Sekiranya kelihatan “FIFA 21” sahaja tertera di sebelah aplikasi FIFA 21, bermakna itu merupakan FIFA 21 versi PS5 (tidak boleh cross-play dengan konsol PS4)

Bagi menukarkannya kepada versi PS4, scroll ke bawah dan klik di butang ‘tiga titik’ di sebelah ‘Play’ itu.

Pilih “PS4 | Full | FIFA 21”

Kini aplikasi FIFA 21 telah bertukar menjadi versi PS4 apabila di sebelah aplikasi tersebut tertera ” FIFA 21 | PS4″

Mesti korang tidak lagi dalam dilema untuk beralih ke PS5 ataupun tidak, bukan? Ya, sekarang korang sudah tahu bahawa pemain FIFA 21 di PS4 dan di PS5 boleh main online bersama secara cross-play.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

PS5 Dilancarkan, Kini Sony Tawarkan Diskaun Bundle PS4 Bermula RM999

#Cyberbug2077 Kini Trending Selepas Cyberpunk 2077 Dilancarkan Teruk Di PS4, Xbox One