in , , ,

EA Kata Ada 6 Jenis Game FIFA Berbeza Sedang Dibangunkan Untuk Mobile

Bukan satu, dua atau tiga, tapi ada enam buah game FIFA untuk mobile sedang dibangunkan oleh EA.

EA mengesahkan bahawa enam game berbeza sedang dalam pembikinan menggunakan lesen FIFA yang dimiliki mereka. EA turut menyatakan yang game-game ini dibangunkan untuk beberapa genre dan pasaran baharu.

Perkara ini didedahkan oleh CEO EA, Andrew Wilson ketika bercakap kepada pelabur dalam pembentangan laporan kewangan syarikat tersebut baru-baru ini, lapor GamesIndustry.biz.

Salah satu faktor mendorong kerancakan pembangunan game mobile untuk FIFA ini ialah kehadiran semula Jeff Karp. Pada 2011, beliau telah meninggalkan jawatan eksekutif di EA untuk bekerja di bawah beberapa syarikat game mobile seperti Zynga dan Big Fish Games.

Karp telah menyertai semula EA pada Jun tahun ini sebagai naib presiden kanan untuk game mobile, dan beliau telah menemui beberapa potensi yang tidak digunakan sebaiknya oleh syarikat ini, antaranya FIFA dan Apex Legends.

Apalah agaknya genre game mobile bola sepak yang sedang dibangunkan mereka? Apa jangkaan korang?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trilogi Mass Effect Remastered Diumumkan, Sebuah Game Baru Juga Disahkan Dalam Pembangunan

Microsoft Dilaporkan Mula Rancang Beli Studio Game Jepun Selepas Sony Kelihatan Mengabaikan Pasaran Jepun